Wednesday, November 12, 2008

About Nornikman Mesri...

Pasal aku?? hmm.. meh sini aku introduce diri aku memula.. Seorang yang berukuran lebih kuran 168cm dan berat average dalam 50-55kg. Minat aku bermula dengan kelajuan dan benda-benda yang pantas nie. Aku kurang minat pada kereta even aku tau zaman sekarang nie kereta adalah salah satu keperluan bag seseorang & keluarga. Tapi hidup aku suka pada yang simple, kemas & menarik perhatian. Aku suka pada motorsikal lebih2 lagi yang berkuasa tinggi. Tu sebab aku beli dengan pendapatan bebulan aku Yamaha R6 07 Model. So dari situ permulaan kehidupan aku berubah...

Aku dilahirkan sebagai anak pertama atau sulung dari 5 orang adik beradik. 4 lelaki & sorang pompuan. Bapak aku seorang polis & mak aku pulak suri rumah. Tujuan aku sebenarnya bukak blog nie ntah la..aku pun x tau ape tujuannya..cuma aku sekarang lately nie sering nak carik tempat untuk meluahkan perasaan & tempat untuk aku tulis atau cerita sesuatu yang menarik serta ketidakpuas hatian aku pada sesuatu yang terjadi dalam kehidupan aku. Aku bukan la seorang penulis atau penglipur lara yang baik. Tapi kalau setakat nak ceritakan pada kengkawan aku rasa xda masalah kot.. Aku sekolah tadika kat Tadika Taman sepakat.. dekat je dengan area umah aku dulu.. dalam 5 minit perjalanan.. lepas tu masuk sekolah rendah sekolah kat Sek.Keb.Au Keramat, KL. First time sekolah tu dibuka, aku batch yang pertama masuk..Tapi aku masuk time darjah 2 la.. Darjah 1, sekolah kat Sek.Keb polis Depot... Pastu..abis sekolah rendah, aku sekolah menengah kat Sek.Keb.Desa Tun Hussein Onn. sampai tingkatan 5. Memacam pengalaman kat sekolah tu..semuanya mengajar aku erti kehidupan sebagai seorang remaja..hingga la sekarang..
Pasal pengalaman kat sekolah tu..nanti-nanti aku postkan.. sekarang nie..aku introduce pasal diri aku dulu..Oh ya..untuk gadis-gadis tu.. nie aku nak bag tau yang aku nie dah bertunang..and InsyAllah kalau xde aral melintang, aku akan berkahwin June tahun depan..Bukan ape..aku bag tau awal-awal.. kang ade terngorat kang..kata aku x bag tau awal-awal pulak.. hehehe.. Xde la..aku cuma bergurau.. better tell the truth dari aku menyimpan semua rahsia-rahsia tu kan..??other that, aku akan cerita nanti.. aku post sikit je nanti.. so comment & keep visiting my blog!





No comments: