Wednesday, August 19, 2009

New CROCS Shipment.. Guarantee Original!!!

Hi geng.. new items will be arrive on end of september or early august. FYi, all the CROCS items i was bring in is ORIGINAL!! Money back guarantee. If you found that im selling the imitation CROCS, ur money will be return. Please see the attachment for the catalog + Sizing chart. Order can be made through my e-mail kornology8@yahoo.com.

Also i attach picture some of the model im bring in
















Wednesday, July 8, 2009

We also have CROCS Sandals for sale..

Geng, we also have few CROCS sandals for sale..much cheaper from the boutiqe..This is genuine CROCS!


Crocs Outdoor Khakis - RM100.00 nett (Size 7-10 men) -SOLD OUT-

Crocs Outdoor Black Red - RM100.00 nett (Size 7-10 men) -SOLD OUT-


Crocs outdoor Army Orange-Green - RM105.00 nett (Size from 8-10 men) -SOLD OUT-



Crocs Outdoor Black - RM100.00 nett (Size 7-10 men) -SOLD OUT-


Malindi Navy - RM85.00 nett (Size 7-10 women) -SOLD OUT-

Malindi brown - RM85.00 nett (size 7-10 women) -SOLD OUT-



Malindi Berry - RM 85.00 nett (Size 7-10 women) -SOLD OUT-

Friday, November 14, 2008

Hobi & Minat....

Olla.. korang ada hobi? x pun minat pada sesuatu perkara atau cenderung untuk melakukan sesuatu aktiviti bila ada masa lapang? Mesti la ada.. tapi kalau korang cakap xde.. maknanya korang nie jenis yang anti-sosial x pun jenis yang x de masa untuk diri sendiri atau pun "workaholic" yang tahap melampau sehinggakan badan sendiri nak rehat pun x bole..betul x?? ade hobi la best.. atleast hujung minggu tu selain berehat, korang bole release tension & buat sesuatu yang korang suka.. ade sampai satu tahap dari cita member2 aku sampai bergolok gadai untuk mendapatkan hobi yang terbaik...


Aku?? hobi aku? mesti laa ada.. hobi aku naik moto aku..ade satu time aku ade 5 bijik moto sekali gus.. tapi aku nie jenis yang enthusiast pada superbike...motosikal yang kira dipanggil "super" laju dan menjangkaui batas kemampuan diri untuk handle menatang nie..Yup.. motorsikal.. aku sebenarnya x kisah ape moto pun..semua bag aku 2 roda & mempunyai kelebihan tersendiri..selalunya orang bila dengar big bike mesti ingat Harley,Yamaha,Honda..suzuki kan..tapi korang tau x defenisi kategori motosikal-motosikal yang wujud kat dunia nie.. dari pengetahuan aku, ini la yang aku tau.. tapi nie semua based dari experienced aku la..bukan dari kamus atau copy dari internet...
  • Superbike - Motosikal yang berkelajuan tinggi sehingga bole mencecah sampai 300 km/j. Selain tu, dari riding aksesori kena pakai racing suit, full face helmet, full protected glove & boot dan juga back & chest protector. Moto jenis nie untuk kebanyyak orang yang gilakan pada kelajuan and nak try corner ala "Valentino Rossi",,, last bila try x jadi.. jadi la "Valentino Sarsi" hehe...Moto nie jenis yang kena bawak secara agresif & selain tu korang kena ade skill yang kena korang belajar supaya korang bole buat & bole gunakan sepenuhnya kemampuan moto nie camne..
  • Chopper - Motosikal nie jenis dari Harley, indian, Titan.. jenis yang handle tinggi la..handle panjang la..fork panjang la..tu semua la.. Kadar kelajuan selalunya average limit dalam 220km/j. Ciri2 yang aku tgk pada chopper nie mesti handle tegak, pastu fork depan kena panjang (ada tu sampai nak masuk corner pun susah)..Tayar belakang besar x ingat sampai bole cecah 220-260 punya saiz macam dalam american chopper tu.. Riding aksesori pulak just a simple shirt dengan vest jeans atau jacket, jeans & boot rock yang sampai betis.. kalau banyak benda2 krom atau kalau bole siap rantai2 atau spike2 tu yang nak bagi nampak ganas... helmet steng ngan spek itam..baru nampak macho...
  • Naked Bike - Dalam erti kata melayu "moto bogel"... kenapa bogel.. sebab moto nie kebanyakkan user akan guna untuk kegunaan dalam bandar & daily commute ke tempat kerja atau lepak..pastu dia dipanggil camtu sebab moto nie xda fairing..same lebih kurang cam chopper...tapi cuma lebih sporty & agressif look dari chopper la..Benda yang simple..tapi leceh nak basuh..average speed dalam 250kmj..depends pada rider la..kalau dia leh lawan angin yg datang tu..mungkin lebih la..tapi kalau dah depan xde fairing..pastu nak nyorok dari angin camne..yer x??satu lagi..bila fairing kurang moto jad cepat kotor..pastu letih la nak basuh kat celah2 enjin tu...kena la tonyoh2 pelan2 celah enjin tu..

  • Motard/Hypermotard - asalnya dari moto scrambler.. tapi diaorang masukkan tayar jalanan ongputih kata Street Tyre dengan rimnya skali untuk diaroang main race dalam trek.. nie semua mat salleh xde koje la buat cenggini..pastu naik main kat trek punye pasal.. tapi ramai professional rider dalam MotoGP macam Nicky Hayden yang belajar bawak moto & dapat skill expert dari cara bawak moto nie.. Sebab dari ape yang diorang kata, kita bole belajar camne nak kawal moto bila tgh tayar belakang sliding atau countersteer balik supaya bila moto tu masuk korner walau tayar tu slide kita masih boleh kawal moto tu supaya x jatuh.. tu sebab bila korang biasa tgk MotoGP korang leh nampak tayar belakang tu macam slide bila diaorang nak masuk corner..so dari sini diaorang belajar benda tu..

Actually..ade lag jenis moto nie..tapi aku buat sikit2 info untuk korang..sebab kang kalau bebanyak bukan masuk dalam kepala otak pun.. lag pun selalunya manusia cuma akan ingat lebih kurang 30-40% je maklumat yang diaorang dapat dalam sehari..kalau korang leh masuk 100% maknanya korang nie dah tahap Einstein.. heheh.. so..ok la for today..nanti aku sambung lagi definisi moto dari pengetahuan aku la..ok??

Thursday, November 13, 2008

Kawan...

Kawan...korang ade kawan x?? mesti la ada kan.. kalau x da kawan, maknanya korang nie mesti jenis x campur masyarakat atau jenis duduk dalam hutan punya.. :) ala biasa la kan.. orang kata..bukan saya kata.."kawan time kita senang, mudah di cari..Kawan time kita susah, satu dalam seribu pun belum tentu kan..? ape etika yang korang amalkan semasa berkawan?? selalunya la kan, mesti korang akan cakap seperti kat bawah nie;

-orang yang paham dengan kita.
-bole bercerita & sependapat dengan kita.
-Baik..(kalau jahat belum tentu la orang nak kawan..betul x??)
-sentiasa sanggup menolong bila time kita susah..
-berpikiran waras..(kalau member ko gila, belum tentu ko nak kawan kan?? kalau perangai gila2 mungkin la..)
itu antara kritirea untuk memilih kawan la kan.. bag aku, x kira apa pendapat sekali pun cara nak berkawan, mesti kesemua diatas tu memainkan peranan untuk korang memilih kawan. Maklum la, untuk kehidupan masa akan datang. Camne korang menjaga persahabatan korang? biasanya kita akan layan dia seperti mana dia layan kita betul x? tapi biasa la.. manusia x pernah lari dari melakukan kesilapan. Kengkadang kita ni terlebih sikit la..kawan kita plak terasa..tapi biasa la.. resam dunia..itu la gunanya Hari Raya.. bagi yang muslim, kita akan bermaaf-maafan di hari raya tu kan.. so korang mesti lepas salam "0-0 eh..." he he.. tapi xpe la.. untuk lebih ape yang kita perlukan sebagai kawan nanti, aku buat topic lain untuk benda nie.. kita bincangkan lenkali.. Perghhh..dah macam pakar motivasi lak.. :)


Wednesday, November 12, 2008

Selagi celik mata, kerja...kerja..kerja...

Hmmm... nie la ungkapan yang selalu dalam kepala aku.. selagi celik mata, kerja.. kerja... kerja.. nak buat camna.. dah tu rezeki & sumber pendapatan aku.. tapi x pe.. aku happay dengan kerja aku sekarang.. free tanpa gangguan tapi yang penting bila opis call kena angkat, pastu kena make sure kerja siap on time.. Alhamdulillah, next year aku keje dah selama 2 tahun dgn Umobile nie.. dulu dikenali sebagai MiTV networks.. tapi sekarang dikenali sebagai Umobile.. Operator untuk telefon bimbit 018 nombornya.. kalau korang tgk iklan-iklan dalam TV tu yang ade orang kaler oren la, mamak nak teh separuh, pastu nak mintak henna buat kat jari la..tu la syarikat aku berkerja.. So far, aku kerja dalam keadaan aman dan tenteram, tapi biasa la kerja..ade ok ade yang x ok.. nanti sambung lag..nak buat keje jap nie..

About Nornikman Mesri...

Pasal aku?? hmm.. meh sini aku introduce diri aku memula.. Seorang yang berukuran lebih kuran 168cm dan berat average dalam 50-55kg. Minat aku bermula dengan kelajuan dan benda-benda yang pantas nie. Aku kurang minat pada kereta even aku tau zaman sekarang nie kereta adalah salah satu keperluan bag seseorang & keluarga. Tapi hidup aku suka pada yang simple, kemas & menarik perhatian. Aku suka pada motorsikal lebih2 lagi yang berkuasa tinggi. Tu sebab aku beli dengan pendapatan bebulan aku Yamaha R6 07 Model. So dari situ permulaan kehidupan aku berubah...

Aku dilahirkan sebagai anak pertama atau sulung dari 5 orang adik beradik. 4 lelaki & sorang pompuan. Bapak aku seorang polis & mak aku pulak suri rumah. Tujuan aku sebenarnya bukak blog nie ntah la..aku pun x tau ape tujuannya..cuma aku sekarang lately nie sering nak carik tempat untuk meluahkan perasaan & tempat untuk aku tulis atau cerita sesuatu yang menarik serta ketidakpuas hatian aku pada sesuatu yang terjadi dalam kehidupan aku. Aku bukan la seorang penulis atau penglipur lara yang baik. Tapi kalau setakat nak ceritakan pada kengkawan aku rasa xda masalah kot.. Aku sekolah tadika kat Tadika Taman sepakat.. dekat je dengan area umah aku dulu.. dalam 5 minit perjalanan.. lepas tu masuk sekolah rendah sekolah kat Sek.Keb.Au Keramat, KL. First time sekolah tu dibuka, aku batch yang pertama masuk..Tapi aku masuk time darjah 2 la.. Darjah 1, sekolah kat Sek.Keb polis Depot... Pastu..abis sekolah rendah, aku sekolah menengah kat Sek.Keb.Desa Tun Hussein Onn. sampai tingkatan 5. Memacam pengalaman kat sekolah tu..semuanya mengajar aku erti kehidupan sebagai seorang remaja..hingga la sekarang..
Pasal pengalaman kat sekolah tu..nanti-nanti aku postkan.. sekarang nie..aku introduce pasal diri aku dulu..Oh ya..untuk gadis-gadis tu.. nie aku nak bag tau yang aku nie dah bertunang..and InsyAllah kalau xde aral melintang, aku akan berkahwin June tahun depan..Bukan ape..aku bag tau awal-awal.. kang ade terngorat kang..kata aku x bag tau awal-awal pulak.. hehehe.. Xde la..aku cuma bergurau.. better tell the truth dari aku menyimpan semua rahsia-rahsia tu kan..??other that, aku akan cerita nanti.. aku post sikit je nanti.. so comment & keep visiting my blog!